GURU BERKESAN PENDIDIKAN CEMERLANG
1. Latar Belakang Guru :Pn Noor Hayatee Bt Md Noor
Subjek: Biologi. Sejak tahun 1982, beliau memegang sebagai Pengerusi Panitia Biologi.
Matlamat : Melahirkan anak didik berwawasan dengan pengetahuan Biologi mendalam dan dihayati, sesuai dengan perkembangan Sains dan Teknologi.

2.Program: Kecemerlangan Biologi SPM
2.1 Objektif:
Selepas Projek Kecemerlangan Biologi dijalankan, adalah diharapkan dapat,
2.1.1 meningkatkan minat pelajar terhadap biologi
2.1.2 menggiatkan pelajar supaya berusaha gigih untuk berjaya dalam Biologi.
2.1.3 meningkatkan prestasi pelajar Biologi yang berada do zon selesa.
2.1.4 meningkatkan prestasi pelajar Biologi yang berkemampuan untuk mendapat keputusan lebih cemerlang.
2.1.5 membantu pelajar mencapai cita-cita mereka.
2.1.6 mencapai target pencapaian 100 % Biologi dalam STPM.

2.2 Kenal Pasti Masalah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Biologi
Berasaskan pengalaman mengajar Biologi selama 17 tahun, beberapa kekangan terhasil dalam menjayakan proses P & P. Antaranya ialah:
2.2.1 Pelajar merasakan isi kandungan sukar difahami, diingat, terlalu banyak fakta dan kelemahan menjawab soalan yang tepat sehingga kehilangan minat.
2.2.2 Pelajar menjadi kaku atau pasif, menunggu untuk disuap dan terlalu bergantung kepada guru.
2.2.3 Pelajar tidak dapat merentasi Biologi dalam kehidupan seharian mereka atau persekitaran.
2.2.4 Guru kurang berinteraksi dengan pelajar.

3. Pelaksanaan
Projek yang dijalankan berupa program-program :
3.1 Pupuk Biologi
3.2 Program Terancang Sepanjang Tahun
3.3 Program Intensif

3.1 Pupuk Biologi
3.1.1 Kaedah Mudah dan Senang
Menggunakan pndekatan yang sesuai dengan tahap mereka seperti menggunakan puisi Sains, sajak (jantung) memerhati dipersekitaran sekolah (tajuk: Gerak arah tumbuhan) atau lakonan ( tajuk mitosis dan meiosis)

3.1.2 Hubungan Telus
Hubungan antara pelajar dengan guru bailk, bebas mengemukakan pendapat atau soalan. Berkomunikasi dengan mudah.

3.1.3 Menggunakan Rakan Sebaya
Keadaan ini digunakan dalam kaedah Pembelajaran Koperatif. Guru menyenaraikan soalan-soalan dan pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jumlah soalan. Satu kumpulan 5 orang membincangkan jawapan secara kumpulan. Perbincangan kelas diadakan selepas itu.

3.1.4 Kesepaduan Biologi dengan subjek lain
Gunakan kemahiran saintifik merentasi subjek-subjek lain.

3.1.5 Gunakan kemahiran komputer dan internet untuk mendapat maklumat
Contoh, projek untuk Kesihatan Dunia atau isu semasa. Penghasilan bahan-bahan multimedia - Bionet (tajuk fotosintesis). Ini sesuai dengan Visi sekolah : Pendidikan Bertaraf Dunia.

3.1.6 "Life-Long-Learning Biology" dan "Learning Biology from the Environment"
Ini boleh digunakan dalam tajuk-tajuk sesuai untuk Sistem dalam Badan, Pemakanan, Makanan Seimbang dan Pergerakan.

3.1.7 "EyeTo Eye"
bagi pelajar yang terlalu lemah, usaha gigih guru boleh membuahkan kecemerlangan pelajar selaras dengan tema hari guru : "Guru Berkesan Pendidikan Gemilang".

3.2 Program Terancang sepanjang Tahun
3.2.1 Kelas Peningkatan Biologi
Guru merancang 40 minit / minggu selepas waktu sekolah bagi dua kelas sains yang lemah. Modul-modul sesuai digunakan berisi input dan soalan-soalan mudah. Sasaran: Pelajar gagal Biologi (Galus)

3.2.2 Kelas Tambahan Tetap
Diadakan 40 minit/minggu diluar jadual waktu sekolah bagi pelajar-pelajar yang lulus Biologi tetapi kurang baik. (zon selesa)

3.2.3 Kelas Khas (Ibnu Sina)
Bagi pelajar cemerlang dengan harapan mereka dapat mencapai target SPM dengan Agregat Tunggal.

3.2.4 Indeks Latihan
Latihan Terancang disediakan selepas habis satu tajuk.

3.2.5 Latihan Ala SPM Hujung Minggu
Modul Topikal Biologi (10 modul)

3.3 Program Intensif
3.3.1 Teknik Belajar & Menjawab Berkesan
Jemputan Penceramah luar yang berpengalaman menggubal dan menanda kertas II Biologi SPM. Diadakan pada Minggu Sains dan Matematik.

3.3.2 Minda Cemerlang & Pintas Minda Biologi
Program ini diadakan secara intensif semasa cuti sekolah dari jam 8.00 - 4.00 ptg. Perisiannya merupakan Input Biologi, teknik Belajardan Menjawab Soalan. Kemudian diikuti oleh Bengkel menjawab soalan.

3.3.3 Modul Latihan Masa Cuti Biologi (Asah Minda Biologi)
Semasa cuti pelajar diberi latihan wajib dibuat. Semus jawapan dihantar pada minggu pertama selepas sekolah dibuka semula. Penyemakan dibuat dengan perbincangan dikelas secara tukar kertas jawapan.

3.3.4 Modul Kecemerlangan SPM Biologi
Modul Ala SPM Biologi disediakan untuk kertas I dan II. Digunakan pada saat akhir pelajar akan menghadapi Peperiksaan SPM. Jadual Khas dibuat oleh pihak sekolah untuk menentukan subjek. Guru-guru pengawasan mengikut Jadual Waktu Biasa. Perbincangan jawapan dibuat secara perbincangan dikelas.

4. Penilaian
Pada tahun 1996, peratus kelulusannya adalah 97.0 % dan meningkat kepada 100 % pada tahun 1997. Pada tahun 1998 peratus kelulusan ialah 99.3 %.

Back Home Next