GURU BERKESAN PENDIDIDKAN CEMERLANG
1. Latar Belakang Guru :Low Beng Choo
Mula mengajar pada tahun 1979 dan mempunyai Sijil Perguruan dengan Kepujian dari MPMK. Beliau memperolehi Sijil Jurulatih dari Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia pada tahun 1996.Ini adalah satu pencapaian tertinggi bagi seorang pemimpin Pandu Puteri / Renjer Puteri.
Beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Lama, Pingat Tangkai Padi dan Pingkat Jasa dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Cik Low juga pernah menjadi Ketua Kontinjen Malaysia ke acara Antarabangsa di Australia dan India. Beliau juga telah memegang jawatan Setiausaha Perkhemahan Kowanwel pada tahun 1998.
Cik Low sekarang memegang jawatan Pesuruhjaya Daerah Persatuan Pandu Puteri Daerah Johor Bahru, Bendahari Kehormat Persatuan Pandu Puteri Negeri Johor, AJK Majlis Jurulatih Malaysia.

2. Projek : Ke Arah Pandu Puteri Raja
2.1 Sinopsis
Anugerah Pandu Puteri Raja merupakan anugerah yang tertinggi yang dicapai oleh seorang ahli Renjer Puteri atau Pandu Puteri setelah menceburkan diri dalam dunia kepanduan selama lima tahun.
Untuk melayakkan diri sebagai seorang calon Pandu Puteri Raja, seorang Pandu Puteri / Renjer Puteri hendaklah mempunyai Anugerah Ketua Pesuruhjaya. Anugerah ini boleh diberi kepada Pandu Puteri atau Renjer Puteri yang telah berjaya menjalani ujian untuk memperoleh Tali Pekelilingan (perlu menjalani ujian untuk 7 lencana kecekapan) sebelum umur 16 tahun, mempunyai lencana Permit Perkhemahan Kumpulan atau lambang Kraf Kayu, berjaya mendapat Bintang Renjer Puteri I(ujian untuk 4 lencana kecekapan) sedang berusaha untuk mendapat lencana kecekapan yang lain, telah mengemaskini semua buku log kepanduan, mengamati dan mengamalkan sesuatu agama atau kepercayaan dan telah menyertai Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya selama 4 hari dengan jayanya.
Setelah lulus anugerah Ketua Pesuruhjaya dan layak ke calon Pandu Puteri Raja, seorang calon perlu mendapat lencana Kecekapan tambahan dan berjaya mendapat Bintang Renjer Puteri II (5 lencana) dan Bintang Renjer Puteri III (4 lencana).Seseorang calon mesti berumur antara 15 hingga 17 tahun. Calon perlu menyediakan kertas cadangan Projek Khidmat Mesyuarat serat berjaya mengendalikan projek tersebut selama 3 bulan secara berterusan, minimum empat jam seminggu dan menyediakan laporan projek khidmat masyarakat. Calon juga perlu mengemaskinisemua buku log kepanduan.
Setelah berjaya mengendalikan semua perkara yang tersebut diatas, calon Pandu Puteri Raja perlu menyertai Bengkel Selalu Sedia Peringkat Kebangsaan. Bengkel ini adalah kegiatan terakhir bagi calon Pandu Puteri Raja membuktikan kemahiran, pengetahuan, penghayatan dan amalan kepanduan. Calon Pandu Puteri Raja yang berjaya akan menerima sijil dan lencana PANDU PUTERI RAJA yang akan dikurniakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja permaisuri Agung dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Kebangsaan Pandu Puteri Malaysia.

3. Objektif
3.1 Menambahkan kemahiran dan semangat kepimpinan setiap ahli Renjer Puetri.
3.2 Memperkukuhkan keyakinan diri untuk memimpin.
3.3 Menyediakan calon yang berkaliber melalui penerapan kemahiran dan nilai kepanduan ke arah Pandu Puteri Raja.

4.Pelan Bertindak
4.1 Mengadakan perbincangan dengan calon tentang program serta syarat-syarat ujian lencana kecekapan.
4.2 Menubuhkan panel penguji dan memberi syarat-syarat ujian kepada penguji-penguji yang berkenaan.
4.3 Memberi panduan, keperluan setiap ujian, memberi bimbingan yang berkesan kepada calon.
4.4 Menyediakan jadual giliran calon yang ingin mengambil ujian tertentu.
4.5 Menerapkan tarikh, masa dan tempat untuk menjalankan ujian dan memaklumkan kepada penguji.
4.6 Menjalankan ujian mengikut peringkat.

Pelaksanaan
5.1 Perbincangan tentang program, ujian serta syarat-syarat untuk mendapatkan lencana kecekapan kerap diadakan dengan calon selepas waktu sekolah serta pada setiap hari Sabtu.
5.2 Suatu panel penguji ditubuhkan untuk menguji calon yang berminat dan berkelayakan.
5.3 Segala panduan dan bimbingan yang bersesuaian diberikan kepada calon-calon yang terlibat.
5.4 Memeastikan segala urusan surat menyurat untuk mennetapkan waktu ujian telah dijalankan secara rasmi.
5.5 Melaksanakan ujian mengikut tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.
5.6 Setelah diumumkan lulus sesuatu ujian, calon dikehendaki mengisi dengan lengkap butiran pada sijil lencana kecekapan ditandatangani oleh penguji dan diserahkan kepada pemimpin untuk mendapatkan lencana dari ibu pejabat kebangsaan.
5.7 Setiap ujian lencana mesti mengikut proses yang tersebut diatas.

6. Penilaian
6.1 Kejayaan
Selama ini banyak kejayaan telah ditempahi. Semua Renjer Puteri yang berjaya ke Pandu Puteri Raja kembali dengan gelaran yang diidami. Ini merupakan satu rekod yang baikdan kejayaan yang paling manis bagi saya dan pihak -pihak lain yang terlibat dengan kerana Sekolah kami sahaja yang melahirkan Pandu Puteri Raja di daerah Johor Bahru dan juga Negeri Johor. Sehingga tahun 1998 Pandu Puteri SIGS telah berjaya melahirkan 33 orang Pandu Puteri Raja.

6.2 Masalah
6.2.1 Masalah dengan calon.
6.2.1.1 Kesulitan menyiapkan buku log. Calon menghadapi tekanan masa. Mereka perlu menyiapkan kerja sekolah serta lulus ujian Pandu Puteri dengan baik.

7. Manfaat Kepada Sekolah
Kejayaan ini dapat mengharumkan nama sekolah kerana hanya sekolah kami sahaja yang dapat melahirkan Pandu Puteri Raja di Daerah Johorr Bahru nahupun di Negeri Johor.
Dibandingkan Pandu Puteri Raja dengan pelajar yang bukan Pandu Puteri Raja, perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi ketrampilan, disiplin dan sifat kepimpinan yang ada, menjadikan mereka ini lebih dinamik dan berwihawa.
Di luar sekolah, mereka dapat menonjol dengan ciri-ciri istimewaan yang berada pada mereka. Ini jelas nampak apabila mereka memohon biasiswa/kemasukan ke Universiti, mereka ini berjaya memperolehi biasiswa serta kemasukkan ke Universiti.

Back Home Next