GURU BERKESAN PENDIDIKAN CEMERLANG
1. Latar Belakang Guru : Navinder Kaur
Berkelayakan Sarjana Pendidkan dan merupakan guru penyelaras Bilik Pengumpulan Maklumat.

2. Projek: Homepej Persatuan-Persatuan
Mengikut manuskrip rangka tindak konsep Sekolah Bistari pada Julai 1997, definisi Sekolah Bistari ialah:
"Institut pendidikan yang mana aktiviti pengajaran/pembelajaran serta kaedah pengurusannya disusunatur semula dengan sistematik untuk membolehkan pelajar-pelajarnya bersedia menghadapi era maklumat."

Matlamat projek ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar menceburi bidang komputer dan dunia Internet. Ia juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengembangkan bakat dan kehandalan masing-masing. Ia mementingkan "pembelajaran berasaskan pemikiran". Daya pemikiran, nilai murni dan bahasa merupakan unsur-unsur utama dalam pendidikan. Pelajar-pelajar bukan saja dilatih untuk memperolehi, menyumbang dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan, malahan mereka juga dilatih untuk mencipta, menganalisa data dan berfikir secara kritis.

3. Perancangan
3.1 Objektif
3.1.1 Pelajar-pelajar didedahkan kepada bahasa HTML dan menggunakan HTML untuk menghasilkan homepej.
3.1.2 Pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris dilakukan melalui proses menghasilkan homepej.
3.1.3 Pelajar-pelajar menggunakan daya kreativiti untuk menghasilkan homepej.
3.1.4 Pelajar-pelajar bukan sahaja dapat menerima maklumat dari internet tetapi dapat menyumbangkan idea pada lebuhraya maklumat.

3.2 Carta Aliran
Projek ini telah dijalankan dalam jangkamasa 3 bulan dan melibatkan ahli-ahli dari kelab Bilik Pengumpulan Maklumat (BPM). Perjumpaan di antara pelajar dan guru berlaku seminggu sekali.

Perjumpaan dengan ahli-ahli Kelab BPM dan membincang aktiviti penghasilan homepej persatuan-persatuan.
Ahli-ahli membuat penganalisaan pada homepe-homepej di internet.
Pembahagian ahli-ahli kepada kumpulan-kumpulan dan mereka memilih homepej persatuan yang akan dihasilkan.
Kumpulan-kumpulan mencari maklumat mengenai persatuan masing-masing (sejarah, matlamat, aktiviti, ahli jawatankuasa)
Pelajar-pelajar dibimbing menggunakan HTML dan menghasilkan homepej persatuan masing-masing.

4. Pelaksanaan
4.1. Pelajar-pelajar membincang dan mencari maklumat.
4.2 Pelajar-pelajar mencari gambar dan membuat scanning.
4.3 Pelajar-pelajar menggunakan FTP dan "upload file".
4.4 Pelajar-pelajar didedahkan kepada bahasa HTML.
4.5 Pelajar-pelajar bekerjasama untuk menghasilkan homepej masing-masing.

5. Penilaian
5.1 Kejayaan
Penghasilan homepej ini merupakan satu aktiviti yang seronok dan penuh cabaran. Pelajar-pelajar telah mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran dengan aktifnya. Mereka telah bekerjasama dan saling bantu-membantu dalam mengatasi sebarang masalah. Kumpulan-kumpulan pelajar telah mereka lima homepej mengikut persatuan masing-masing. Homepej-homepej itu adalah seperti berikut:
Kelab Bilik Pengumpulan Maklumat
Kelab Tunas Bistari
Kelab Fotografi
Persatuan Bahasa Inggeris
Kelas 2 Daras 1999

5.2 Masalah
5.2.1 Bilangan komputer yang disambung kepada internet adalah terhad.
5.2.2. Komputer-komputer dan scanner mengalami "breakdown".
5.2.3 Jangkamasa menjalankan projek ini harus ditambahkan kerana pelajar berminat untuk mempelajari teknik-teknik baru.

5.3 Rancangan Masa Depan
5.3.1 Mendedahkan projek ini kepada lebih ramai guru dan pelajar.
5.3.2 Menggalakkan semua persatuan dan kelab menghasilkan homepej masing-masing.
5.3.3 Mendedahkan pelajar-pelajar kepada perisian-perisian seperti Adobe dan Java Language.

6. Manfaat Kepada Sekolah
Projek ini telah melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan penyelesaian masalah, daya inovatif, daya analisa dan kebolehan membuat keputusan. Strategi penghasilan homepej ini mengutamakan pemupukan daya pemikiran pelajar serta aktiviti pendidikan yang berdasarkan kebolehan individu. Ia merupakan strategi pendidikan yang "berpusatkan pelajar".
Projek ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk terus maju dan melangkah ke dunia teknologi maklumat. Projek ini telah membawa manfaat kepada sekolah kerana menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya dan membuktikan bahwa pendidikan di SIGS adalah pendidikan yang cemerlang.

Back Home Next