Make your own free website on Tripod.com
1. Latar Belakang Guru : Pn Hjh Zaini Baba
Guru penyelaras Kelab Tunas Bistari semenjak tahun 1996 hingga hari ini. Beliau mempunyai Sijil Perguruan MPTI opsyen Sains Pertanian dan pengalaman mengajar ialah 21 tahun.

2. Projek :Hidroponik
Ia adalah tanaman yang menggunakan medium air tanpa mediun tanah. Ia dijayakan oleh ahli-ahli Kelab Tunas Bistari yang terdiri dari 30 orang pelajar tingkatan 4 dari dua syarikat yang ditubuhkan. Projek ini mula dijayakan pada tahun 1996 dengan permulaan takungan 20 dan pada hari ini telah mempunyai 40 takungan. Projek ini beroperasi selama 10 bulan.

3. Perancangan
3.1 Objektif
3.1.1 Memperkuatkan kepada ahli Kelab kaedah penanaman hidroponik.
3.1.2 Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli syarikat untuk menjayakan tanaman ini.
3.1.3 Menjadikan satu aktiviti kelab yang menggunakan kawasan sekolah yang minimum tetapi dapat menghasilkan keuntungan.
3.1.4 Mendedahkan kepada ahli syarikat dalam bidang penanaman dan perniagaan.

4. Pelaksanaan
4.1 Mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Kecil Kelab Tunas Bistari.
4.2 Membuat pesanan bahan hidroponik.
4.3 Menetap hari dan masa tunjukcara penanaman hidroponik.
4.4 Menyediakan bekas dan persediaan tempat takungan.
4.5 Menanam bijih benih dalam span dan air.
4.6 Menutup permukaan atas bekas dengan suratkhabar.
4.7 Membuka suratkhabar bila biji benih bercambah.
4.8 Menjalankan kerja penjagaan.
4.9 Menjual hasil tanaman.

5. Penilaian
5.1 Kejayaan
Pelajar-pelajar telah memenangi hadiah pertama.

5.2 Masalah
5.2.1 Berlakunya kelewatan penanaman diperingkat awal kerana terpaksa menunggu perubahan ahli syarikat Tunas Bistari baru setiap tahun.
5.2.2 Terlambat memasarkan hasil tanaman menyebabkan mutu hasil dan harga turun.
5.2.3 Kerosakan-kerosakan yang berlaku pada bahagian penutup takungan menyebabkan takungan hidroponik tempat pembiakan nyamuk aedes.

5.3 Rancangan masa depan
5.3.1 Menjayakan projek hidroponik dengan lebih meluas.
5.3.2 Mempelbagaikan hasil tanaman hidroponik dari jenis daun kepada jenis sayuran buah, bunga dan tanaman ulam.

6. Manfaat Kepada Sekolah
Mengharumkan nama sekolah dikalangan masyarakat, dimana anak-anak didik dibekalkan pelbagai ilmu yang merangkumi semua bidang, khususnya dalam bidang teknologi, menghasilkan sumber tanaman dan makanan dan keusahawan.