GURU BERKESAN PENDIDIKAN CEMERLANG
1. Latar Belakang Guru : Pn Hjh Zaiton Abu Bakar
Pada tahun 1969 beliau memperoleh B.A (Hons) dan selepas itu Diploma Pendidkan. Pengalaman mengajar selama 29 tahun dan pada tahun 1990 beliau menjawat Jawatan Penolong Kanan I di SIGS. Mulai 16 Oktober 1992 beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SIGS.
Di bawah pimpinan Pn Hjh Zaiton, terdapat banyak kemajuan dan perubahan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Beliau juga terlibat dalam beberapa program pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pn Hjh Zaiton juga aktif melibatkan diri dengan masyarakat.
Sebagai menghargai khidmat cemerlang beliau, Pn Hjh Zaiton dianugerahkan pingat AMN (Ahli Mangku Negara), Pingat Jasa Lama dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1995.
Pn Hjh Zaiton bersama Perdana Menteri Malaysia

2. Projek : Sekolah Harapan Negara
Sinopsis :
Pn Hjh Zaiton sentiasa menekankan kecemerlangan dalam misi kerjaya beliau sebagai pendidik. "Strive for Excellence" atau "Berjuang Mencapai Kcemerlangan" merupakan cogan kata beliau. Beliau telah berusaha untuk menjayakan pelbagai program akademik dan kokurikulum. Sekolah SIGS telah merenangi arus perubahan dalam aspek pendidikan dan terkenal dengan keunikan dan keunggulannya. Misi Sekolah SIGS adalah berusaha gigih ke arah pendidikan bertaraf dunia. Ciri-ciri ini telah berjaya menjadikan sekolah SIGS Sekolah Harapan Negara pada 1997.

3.Perancangan
3.1 Matlamat
3.1.1. Melahirkan kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam.
3.1.2. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan bertaraf dunia dalam bidang kokurikulum.
3.1.3 Melahirkan pelajar - pelajar yang berpendidikan , berdisiplin , bertanggungjawab dan dapat memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat , agama, bangsa dan negara.
3.1.4. Melahirkan pelajar-pelajar yang peka terhadap pencapaian matlamat Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020.
3.1.5. Melahirkan guru-guru dan staf sokongan yang mempunyai sikap positif, dedikasi , inovatif, kreatif dan berwawasan.
3.1.6. Semua keluarga SIGS mengikuti dan melibatkan diri dalam arus perkembangan teknologi maklumat.

3.2 Wawasan Sigs
3.2.1 Sekolah dan Perkhidmatan Penyayang
3.2.2 Budaya Ilmu
3.2.3 Budaya Cemerlang
3.2.4 Tanpa Kecacatan
3.2.5 Pengupayaan
3.2.6 Permuafakatan
3.2.7 Perpaduan
3.2.8 Pengurusan dan Kepimpinan yang cekap
3.2.9 Sistem Pengesanan yang efektif

4. Pelaksanaan
4.1 Budaya SIGS
Aktiviti-aktiviti kecemerlangan adalah berteraskan pada budaya berikut:
4.1.1 Budaya Cemerlang.
4.1.2 Kepimpinan Pelajar.
4.1.3 Kebersihan Dan Kekemasan Sekolah.
4.1.4 Bekerja Berkelompok Mengikut Kemahiran.
4.1.5 Budaya Diari.
4.1.6 Teknologi Maklumat.
4.1.7 Budaya Membaca.
4.1.8 Budaya Dokumentasi.

4.2.. Fizikal
Pembangunan fizikal selaras dengan perkembangan pusat pendidikan dan menyediakan:
4.2.1 Surau
4.2.2 Makmal Multimedia
4.2.3 Dewan
4.2.4 Makmal Kemahiran Hidup
4.2.5 Bilik Gymnasium .
4.2.6 Bilik Komputer
4.2.7 Bilik Sukan
4.2.8 Bilik Muzik

4.3 Kurikulum
4.3.1 Alat Bantu Mengajar Bahan Perisian Multimedia
4.3.2 Over Head Projector
4.3.3 Talian Tambahan Internet
4.3.4 Opaque Projector
4.3.5 Kelengkapan Perpustakaan - Buku dan Komputer.

4.4 Kokurikulum
4.4.1 Alat-Alat Permainan.
4.4.2 Pakaian - Track Suit / Tarian / Koir.
4.4.3 Peralatan Muzik - Piano / Keyboard / Kalastrian.
4.4.4 Peralatan Sukan
4.4.5 Peralatan Komputer

4.5 Keceriaan
4.5.1 Melengkapkan Taman Sains
4.5.2 Menyediakan Sudut Membaca
4.5.3 Tembok di hadapan sekolah
4.5.4 Lampu di pintu masuk
4.5.5 Pokok di sekeliling pagar sekolah
4.5.6 Air terjun dan tasik

4.6. Pembangunan Insan
4.6.1 Penghayatan Islam
4.6.2 Projek Penyayang
4.6.3 Kepimpinan
4.6.4 Budaya Ilmu.

5. Penilaian
5.1 Kurikulum
5.1.1 Keputusan PMR
Peratus lulus pada tahun 1996 ialah 95.86 % , dengan 39 orang mendapat 7 A dan 8 A. Pada tahun 1997 peratus kelulusan ialah 99.2 % dan pada 1998 peratus kelulusan ialah 98.2%.
5.1.2 Keputusan SPM
Peratus lulus pada tahun 1996 ialah 95. 86 %. Pada tahun 1997 peratus kelulusan adalah sebanyak 91.5 % dan pada tahun 1998 peratus kelulusan ialah 99.2 %.
5.1.3 Keputusan STPM kali pertama lulus 100 %. pada tahun 1996. Pada tahun 1997 peratus kelulusan ialah 96.7 % dan pada 1998 peratus kelulusan ialah 100 %.

5.2 Kokurikulum
Pelajar SIGS telah sering menyertai beberapa program pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

5.3 Anugerah
Pada tahun 1997, SIGS diumumkan sebagai pemenang Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 1997 ( Johan Kategori Sekolah Menengah Dalam Bandar )
Pn Hjh Zaiton menerima anugerah Sekolah Harapan Negara dari bekas Timb. Perdana Menteri Y.B. Anwar Ibrahim

Back Home Next